Hey beautiful, Welcome to my world!!

I am currently taking Diploma Professional Commercial Make-up & Hair-Do..
Do not hesitate to contact me if any inquiry about make-up. If u have any question, please write it on the c-box at the right corner so that I can read and noticed.. thank you for reading and have a beautiful day.. ;)

- Love isn't finding a perfect person. It's seeing an imperfect person perfectly.

email: modernrosalinda@gmail.com




Friday, January 27, 2012

Single = Happy!!

Its been a while since I left my blog. Errrr dah berhabuk dah. Hehe.. Hey guys, its me.. Im back!! Tapi sekarang ni my focus is more untuk kecantikan dalaman.

Make up??
Dah lama tinggalkan bidang tuh. Hmm bukan apa.. I believe that make-up tu untuk tutup cela2 kita je. Why not kita jaga diri kita dari dalam dulu? Means, kita make-up dalam badan kita dulu, baru kecantikan dalaman itu akan terpancar di wajah dan kulit kita!! Hehe

Sebagai perempuan, perkara pertama yang kita impikan dan idam2kan ialah kulit yang putih, cantik dan takde cacat cela.

Saya?
Saya seorang perempuan yang berkulit sawo matang, manis dan kulit agak kurang cantik. Apa yang saya lakukan untuk menutup itu semua? Jawapannya ialah make up! Tapi sebenarnya jawapan tu SALAH!! Jeng.. Jeng.. Jeng

Jawapan sebenarnya ialah minum air putih dengan kuantiti yang banyak!! Agak klise? Agak arr.. Haha.. Sape yang rajin nak minum air masak, dengan adanya air2 lazat di pasaran nowadays? Saya lagi lah! Errgghh.. Tak pernah kenal pun apa tuh air masak.. Boleh? Tapi fikir2 balik apa salahnya try.. Bukan pernah ada orang mati minum air masak berlebihan kan? Huhu.. Jadi saya dah mencuba, anda bila lagi?


Saya tak tinggalkan dunia make up 100% lagi tapi cukup sekadar light make up aje. Maybe 30%? ;-)
Oh ya, saya dah single untuk 4 bulan. FYI, saya dah tinggalkan dunia bercinta2 ni. Nak focus pada diri sendiri dulu. Career, money and myself first. Azam 2012 katanya.. Hehe.. Saya juga dah start menabung tau. Jom menabung sama2?


Thursday, February 10, 2011

Perkara yang saya harap mama saya bagitau awal2..

Its been ages since I tak mengupdate blog.. Hehe.. Sorry guys.. Ada lagi ke yg baca blog I ni? Selepas hari raya 2010 tahun lepas, I dah tak update blog. Reason: I busy bekerja.. OMG, FYI I da quit dari kelas mekap tu and I rugi 3.5k++ kat sana sebab tak abeskan course. Tak dapat sijil/diploma pun. Rugikan? But dont worry, I will still update blog tentang kecantikan..

Entry blog hari ni ialah tentang 99 perkara yang I harap my mom bagitau I awal2. I dibesarkan dalam keluarga yang agak besar, 7 org adik beradik. So ada benda yang my mom tak dapat deliver kat I sepanjang membesarkan I. I hope adik2 yang kat luar sana, boleh jadikan nasihat I ni sebagai panduan untuk membesar dengan cantik dan sihat.



1. Jangan buat apa2 dengan rambut anda.

WHY? Mostly yang free hair, memang akan sentiasa nak jaga rambut untuk jadi cantek. Ada yang rebonding, curl, relaxer, coloured hair, dan mcm2 lagi. 1 thing yang I sangat2 regret ialah membuat kesemuanya sekali.

ni rambut I masa tak buat apa2 sangat sihat dan kuat. Masa ni 18tahun.


rambut sekarang yang sangat ROSAK disebabkan terlalu banyak bahan kimia. cuba compare kan dengan rambut kawan I kat sebelah. OMG! My hair sucks kan?

Saya rindu rambut ini! Sangat sihat dan natural..

2. Jangan cukur kening anda.

Kenapa eh? Sebab anda akan menyesal. Kening I dulu sangat lebat dan cantik. Tapi sebab nak kelihatan lagi cantik, I cukur dan cabut. Apa penyesalan yang I dapat? I kene trim and cabut kening I setiap masa dan minggu? OH NO! Sumpah menyesal.. Sebab skang ni mekap bole bantu buat kening nampak cantik tanpa perlu mencabutnya..


kening ni I bentuk menggunakan mascara untuk kening. so ia nampak kemas dan cantik.

3. Jangan minum air coke

WTH?
Tiba-tiba air coke? kenapa? sebab gigi U all akan jadi tak cantik dan mudah rosak. Dulu coke jadi peneman I waktu pagi dan sebelum tido? Percaya x? Haha.. Skarang ni gigi I da tak cantek, senang pecah. Mekap tebal2 tapi gigi tak cantek nak watpe?? Huh..


effect minum coke. So far, gigi I masih belum mcm ni. Alhamdulillah. tapi ada symptom2.. uwaaaaaaaaa!!

4. Jangan lupa basuh muka sebelum tidur (basic)

This is very important!!! Walau penat macam mana pun U all malam sebelum nak tido, pastikan muka kene basuh. Jangan lupa gosok gigi!! Jangan layan perasaan malas. I banyak kali layan sifat malas, esoknya jerawat naik, kulit makin kusam!!

Benci kan? So betapa penatnya I baru balik kerja ke jalan2 ke, even I duduk rumah seharian tak mekap pun, malam tu I akan basuh muka sebersih2 nya.
5. Jangan bercinta di usia muda
Pelik kan?? Tapi its true. Saya mula serious bercinta pada umur 15tahun. Yang cinta monyet tu usah dikira.. Haha. Seawal usia ni, I da start bercinta untuk 5 tahun lebih. WHY tak bole bercinta?? Bila usia I da 24tahun ni, I da tersangkut dalam relationship yang bukan I benar2 cinta. Sebab lepas putus dgn bf yang serious tu, I terus dapat pengganti, lepas tu dapat pengganti lagi lepas putus dgn yang kedua tu.. Last2 feel cinta tu dah tak ada.. Now, Im stuck in a relationship yang I taktau mana nak pegi.

ini I masa umur 15tahun!

6. Jangan pakai makeup di usia muda

Ini sangat la penting!! BECAUSE I started guna mekap since I was in school.. maksudnya pegi sekolah pakai mascara, eyeliner dan blusher ye kawan2. bedak+ foundation haruslah.. Kalau u all pembaca I yang setia u all da tau ni. tapi what Im gonna tell u is, the effect yang u akan dapat ialah, muka u sangat2 PALE bila no makeup on you. Lagi, I da ada wrinkle, kulit I nmpak tua. Sumpah I menyesal. My mom ada marah, tapi sebab dia busy, dia tiada masa untuk menegur dan memperbetulkan saya.. Tapi I will never blame her for this.

I tau memang I nampak sgt horibble dalam gamba ni. YUCKS kan?

this is after mekap.. ;p

7. Jangan hisap rokok

Sejujurnya saya memang penghisap rokok. Tapi sudah berhenti. I menghisap rokok atas galakan daripada perempuan2 cantik yang I nmpak kat luar. Diorg nampak hot dan cool bila menghisap rokok, lantas saya pun mengambil keputusan yang sama? WTH? Effect dia sama, mcm minum air coke la TAPI ada extra package, bad breath. Sebab tu saya kene pastikan chewing gum, gula2 atau botol listerine kecik mesti perkara wajib yang ada dlm handbag. Menyusahkan kan??

Pasal nak kurus kene hisap rokok tu sebenarnya mentaliti orang. Sebab pada saya bila da isap rokok, lidah rasa pahit so lepas tu dah takde nafsu nak makan lagi. Jangan guna alasan ni untuk kurus. Haha.. Nanti dapat kedut, gigi kuning, bad breath.. haish~ Saya sangat menyesal!

faktor ni lah penyebab! hot dan cool! tapi sebenarnya TAK!
Banyak lagi yang I nak post, but since 7 perkara ni pun dah panjang, yang lain2 tu I sambung di next post. I akan start rajin mengupdate blog! Yeay! Stay tune tau...

Many Thanks,
Anne Walker

Thursday, August 19, 2010

macam mana nak buat smokey eyes...

hi all.. dah lama gila tak update blog.. da masuk bulan puasa.. selamat berpuasa kepada semua umat Islam!! da masuk seminggu lebih kita berpuasa kan.. cepat sangat rasanya..

hari ini ada kesempatan nak tulis blog.. alhamdulilah.. actually I've working at makeup store sambil belajar. ni dah cukup sebulan kerja and decided nak berhenti hujung bulan ni.. reason berhenti sebab I tak habis belajar lagi makeup ni and tak dapat diploma lagi.. hehe.. so after I habis belajar, baru pikir tentang kerja kat makeup counter yang besar2.. tak sabar sangat! ;p

I nak share ilmu dengan u all tentang macam mana nak buat smokey eyes.. mesti u all excited nak tau kan.. tapi I tak sempat nak amek gambar step by step mcm mana nak buat.. so I letak picture I kat sini dulu.. nanti I da resign kerja, I takde benda nak buat I upload semua picture step by step macam mana nak buat smokey eyes ni ya kawan-kawan.. hehe.. thanks u all atas kerajinan membaca blog I..

jumpa lagi lepas raya ni tau.. jangan makan banyak sangat ketupat dan rendang nanti tak cantik, dapat penyakit pulak.. STAY TUNEEEE!!!!!!!!! :)

Friday, July 16, 2010

funny as hell.. but good one.. enjoy!!

Tuesday, July 13, 2010

vaseline petroleum jelly


mungkin ramai yang dah tau apa itu petroleum jelly kan.. terutamanya brand vaseline.. macam I pun rasanya dari sekolah rendah dah tau apa benda itu.. tapi I tak penah guna dan tak rasa nak beli pun.. sehingga la satu hari tu cikgu suruh beli untuk buat Dramatic Make-up.. tapi belum sempat cikgu I tu nak ajar, dia telah diberhentikan sebab masalah disiplin baru-baru ni..

so I dah beli, bibir I pulak selalu kering, I cakap why not try letak kat bibir I yang selalu kering dan berdarah ni (sebab bila kering, I suka cabut serpihan bibir tu). then malam sebelum tidur, I sapu la kat bibir ni.. and OMG, I memang tak suka letak lip balm ke lipstick ke or lip gloss sebab rasa melekit... tapi bila I letak ni kat bibir rasa moisture sangat2.. haha.. I macam jakun pulak.. mesti ramai yang dah pernah pakai and I orang pertama yang baru cuba.. damn!!

ouh lagi satu petroleum jelly ni boleh dimakan.. so I rasa selesa letak petroleum jelly ni pada bila2 masa je.. yeay!! dah jumpa penyelesaian untuk bibir.. dah pernah beli lip ice, buang. beli lip balm, buang sebab rasa tak selesa.. beli vaseline petroleum jelly ni, rasa cinta dan sayang.. hehe.. lagipun dia banyak faedah lain..

ouh nak cerita tentang cikgu I yang diberhentikan tu, datang lah cikgu baru dari Sabah.. OMG, she's awesome!!!!! banyak sangat dia ajar sampai rasa 1 kelas tu sangat berbaloi2.. sebab dia adalah make-up artist yang dah berpengalaman sangat2.. bukan nak condemn cikgu sebelum ni, tapi nampaknya she's better than anyone yang pernah mengajar kat situ..

dan I nak buat satu pengumuman, I maybe tak aktif blogging dalam masa sebulan ni atau lebih.. I nak focus kepada kelas dan cikgu baru I yang sangat best itu.. so kepada sesiapa yang nak tanya apa2 ke, sila ke email atau facebook I ok? im so sorry.. lepas I dah rasa I ni proffesional, I terus update kat u all semua apa tips2 make-up yang terbaru kalau berkesempatan okay??

have a beautiful day girls!!

Monday, July 12, 2010

jom make over lagi..

entry kali ni tentang make over lagi.. this girl is Anis.. she's my friend.. dia ni pun cantik juga tanpa mekap.. bila keluar dia pakai bedak tipis dengan eye liner je.. tapi kali ni saja nak buat kelainan kat dia ni.. hehe.. :)

sebelum

selepas

selepas

di dalam kereta menuju ke The Curve.. menggunakan flash.. bedak naturactor tu nampak cantik kan? sapuan pun nampak rata..

bee dan anis.. yang ni guna kamera nokia E72 kepunyaan Bee..

kami bertiga bersantap di The Curve.. menggunakan kamera digital dengan flash.. muka tak berminyak pun.. yang paling kiri tu Bee, I tak mekap dia.. tu dia mekap sendiri.. dia nak simple je.. hehe.. btw dia pun dah ada Sijil Jurukecantikan.. so dia memang dah cantik dan pandai makeup2 ni.. :)

macam biasa, kalau nak makeup untuk sebarang event atau dinner do not hesitate to contact me at 018-3781567..

Sunday, July 11, 2010

the best gam bulu mata..


kebanyakan wanita zaman ni sangat menggemari bulu mata.. kenapa eh? sebab Rozita Che Wan ke.. hehe.. mungkin penyebab juga tapi apa yang lebih digemari ialah bila pakai bulu mata, mata kita nampak lebih menyerlah dan cantik.. tapi banyak jugak yang nak pakai tapi tak tau macam mana..

1st thing yang kita perlu ada ialah bulu mata.. tentu lah
2nd ialah gam bulu mata..

jom tengok video macam mana nak pakai bulu mata dengan betul


Mascara & Eyelashes:
How To Use And Apply Fake Eyelashes

ok nampak macam senang, tapi bila dah cuba banyak kali bulu mata masih tak melekat.. kadang-kadang tercabut kat bahagian depan atau dekat hujung anak mata tu.. kenapa?

faktor utama ialah gam yang tidak sesuai..
the best gam bulu mata ialah
gam ni ada di jual di Sasa atau MAC.. tak ingat harga.. tapi dalam range rm40++ kalau tak silap.. I pernah guna sekali.. this is the best ever gam bulu mata.. yang warna biru ni gam dia tak berwarna.. so bila pakai tak nampak kesan glue..

yang pack merah ni gam dia berwarna hitam.. so sama dengan fake eye lash kita tadi.. boleh jadi macam eye liner yang natural jugak..

tapi I kurang suka packaging dia, so I cuba satu gam ni yang I beli kat Sasa.. harga rm29.90 dan I sangat berpuas hati.. sebab bila bukak botol ni, akan ada satu batang pemegang kecil, bila gam banyak sangat melekat, boleh kurangkan.. so tak perlu letak belakang tangan ke apa.. just terus apply ke eyelash tu.. tapi yang kurang best gam ni berwarna putih susu.. bila apply kat mata akan nampak kesan putih tu, tapi I cover guna eyeliner balik..

I used this glue dan tak bertukar-tukar gam lain dah.. I pernah pakai 1 botol ni selama 1tahun.. tapi sebenarnya tak elok guna lebih dari 1 tahun.. hehe.. bulu mata memang melekat tapi gam kat bulu mata tu agak susah nak tanggal.. so how nak remove??
guna putik kapas, letak sikit eye makeup remover kat putik kapas tu dan buang slowly gam yang masih melekat kat mata tu..

faktor kedua bulu mata tak melekat ialah tekstur bulu mata tu.. ada banyak jenis bulu mata, ada yang tebal, nipis, dan hand-made.. OMG i love hand-made eyelash.. sumpah nampak natural kat mata.. tapi satu yang tak bestnya ialah agak mahal.. haha.. tapi kalau kita pandai pilih yang tak hand-made pun still nampak natural.. so ada banyak bulu mata MAC, MOC imitation yang dijual.. yang itu bukan tak bagus, tapi effect dia bila pakai akan nampak sangat fake dan keras. sebab I pun kadang2 guna brand tu je.. but please jangan guna gam dalam tu, buang je kalau boleh.. langsung tak ada efffect.. trust me!

cuma kadang-kadang bila pakai MAC imitation tu depan dan belakang eyelash tu akan terjejas sedikit.. berbeza dengan bulu mata hand-made yang I beli, ianya langsung tak terjejas.. cantik je terletak di mata I.. hehe..

so kepada sesiapa yang baru nak menceburkan diri di dalam dunia bulu mata palsu selamat mencuba..

have a beautiful day..


jom make over.. :)

dah 2 hari tak update blog.. huhu.. so hari ni, I nak upload picture mekap kawan2 I.. jom tengok!!

yang ni nama dia Shela.. dia ni cantik dah.. bila makeup lagi btambah cantik.. hehe
sebelum (shela request tak nak cukur kening)

selepas

so lepas make over ni, kami berjalan2 di alamanda.. alamak ramai pulak orang yang pandang shela ni.. hehe
si cantik comel sebelah shela ni Fatin.. dia pun I mekap jugak tapi dia request nak simple je.. sebab katanya Alamanda saja.. hehe..

yang ni gambar shela dengan flash.. OMG dia ni memang gorgeous ok.. :)

artis yang busy.. ;p

comel sangat dia senyum kan??

fatin dan shela membeli belah.. I paparazzi mereka.. ;)

gambar kami bertiga takde la pulak.. yang ada berdua-duaan je.. hehe..

so ini jelah untuk kali ni.. kalau nak makeover jangan segan-segan, please contact I.. I masih student dan charge mekap I pun dengan harga student jugak.. tapi hanya di KL sahaja.. sesiapa yang ada dinner, event atau rasa-rasa nak ubah muka jadi glamour, do not hesitate to contact me at 018-3781567.. harga charge mekap I murah,(serendah rm50) tapi kualiti sama dengan makeup artist lain.. nanti I update gambar2 yang lain.. that's all for now..

have a beautiful day!! xoxo..

Thursday, July 8, 2010

tiru macam Kim Kardashian..

this look was inspired by Kim Kardashian.. malangnya tak berapa nak jadi sebab muka I memang tak ada rupa langsung pun macam dia.. but this look make me look very fierce in reality.. i tak letak tebal macam mekap mata Kim pun my mom dah takut tengok my eyes ni..
eye shadow Kim.. hehe
perasan tak muka I nampak lebih kurus? ke I seorang je yang perasan? haha.. oklah.. kalau u all tak perasan muka I kurus, cuba tengok muka Kim Kardashian ni? dia ni popular sangat dengan bronzer.. apa itu bronzer?

Bronzer ni adalah satu kosmetik yang diletakkan pada muka supaya muka kita nampak suntan.. so kepada yang putih pucat nampak lebih cantik la.. tapi bagi orang yang kulit macam I and Kardashian ni, we used it for shading.. oklah.. kalau takde bronzer kita guna eye shadow kaler bronze jela..

nak buat senang.. amek brush.. sedut pipi buat macam mulut ikan emas tu, dan layangkan pada garisan bawah yang sampai ke mulut tu.. lepas tu blend sampai kemas.. then baru letak pemerah pipi atasnya atau pun sebelum apply bronze tu.. pada yang taktau apa itu bronze, guna jela eyeshadow warna yang 2 tingkat lebih gelap dari kulit u all.. jangan lupa blend kan.. kalau tak blend nanti nampak pelik..

kalau tak nampak jugak next post I will show u macam mana nak buat your face hilang beberapa kg.. hehe.. kalau nak tau.. ikut blog I okay.. love you all..

have a beautiful day!! :)

Wednesday, July 7, 2010

percubaan pertama nak tiru tiz zaqyah

haha.. tajuk pun entah apa-apa entah.. disebabkan I mengalami tekanan perasaan pada minggu ini, untuk melupakan segala suka dan duka.. I mengambil langkah untuk meniru rupa si cantik Tiz Zaqyah ni.. beza dia dengan I ialah dia ni putih macam mayat, i pulak hitam macam I la.. siapa lagi.. hehe.. beza yang kedua kulit I tak cantik macam Tiz.. haha..

jom tengok gambar dia yang I cuba nak copy.. haha.. so layan jela okeh
so di pakaikan semua bedak dan mekap mata dekat muka buruk I, I buat sikit editing gambar untuk nampak putih macam dia ni.. dah edit still kulit tak licin macam Tiz.. haha.. entah apa-apa entah.. jom tengok!
hahaha.. bibir I yang agak besar dan tebal ni tak berupaya nak tiru Tiz Zaqyah ni.. adoi.. walaupun dah cuba teknik kecilkan bibir.. haha.. takpe.. ini adalah cubaan pertama okeh.. I know I tak dapat jadi sepenuh macam dia.. tapi apa yang penting.. kalau nak mekap mcm Tiz, u all letak eyeliner kat rim bawah mata.. Tiz memang suka pakai eyeliner gelap macam ni..haha.. it's okay.. percubaan kedua nanti I akan hasilkan yang lebih kurang dan sebijik macam Tiz ni.. im not big fan of her, but I love her look.. very innocent and sexy..

so kepada sesiapa yang nak mecuba tu, selamat mencuba..

have a beautiful day! :)